Monday, May 25, 2009

Sakit Sombong dan Takbur

Ini lah penyakit yang amat berat.Jika ia menyerang seorang orang bodoh maka dia akan menjadi semakin bodoh,jika dia menyerang orang cerdik ia menjadi virus perosak memori kecerdikan seterusnya mengembangkan memori kemusnahan,jika ia menyerang seorang ustaz maka menjadikan ustaz itu fasik , munafik serta jahil dan hilang pengetahuan malah lebih dahsyat dari itu ustaz akan menjadi pendakyah-pendakyah syaitan.Jika menyerang kepada seorang ibu yang fasik maka menghacurkan seluruh keluarga dan keturunan,jika menyerang kepada seorang anak maka musnahlah kehidupan diakhirat,jika menyerang kepada..........................dan ia akan menyerang kepada seluruh manusia kerana bersamanya adalah nafsu mazmumah dan syaitan durjana.

Wednesday, February 11, 2009

Sakit Jiwa Raga

Sakit ini memang membawa padah yang sangat dahsyat.Pernahkah anda melihat bertapa seksanya kehidupan orang-orang yang mendapat penyakit ini.Banyak punca penyakit ini boleh menghingapi manusia,salah satunya sikap ibubapa yang selalu membeza-bezakan anak-anak.Cuba anda bayangkan ,walaupun anda seorang anak yang baik dan selalu membantu ibu anda tetapi dia tidak pernah memandang anda dan dia hanya memuji anak kesayangannya walaupun anak tersebut jarang sekali datang menjengok beliau.Harap-harap anda tidak jadi ibu sebegini......