Monday, August 4, 2008

kudakepang#links

kudakepang#links
Teruskan perjuangan UMNO

Penyakit Hasad Dan Dengki

Salam sejahtera....,hari ini saya ingin menulis tentang penyakit hasad dan dengki.Penyakit ini sangat merbahaya.Dia menyerang sesiapa sahaja samada ustaz,guru,orang kaya,orang miskin,pemimpin,pelajar,pengemis atau sesiapa sahaja.Jika penyakit ini menyerang seseorang ia akan memusnahkan banyak perkara dan keadaan.Jika ia menyerang seorang pemimpin maka akan berlakulah kekacauan terhadap banyak pihak.Apabila pemimpin sesebuah negara mempunyai penyakit ini ia boleh menyebabkan peperangan,kemusnahan yang dahsyat termasuk harta benda,nyawa,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan pelbagai lagi.Sebenarnya penyakit ini akan memusnahkan segala amal anda.Kesannya ia akan memusnahkan kehidupan selesa anda setelah anda meninggalkan dunia ini.Persoalannya sekarang,mengapa ia berlaku?Bagaimana anda mahu mengatasinya?.Apakah tanda-tanda anda mempunyai penyakit ini?Bolehkah anda jelaskan?

Monday, July 28, 2008

Sakit Hati 2

Tahukah anda bilakah lagi hati menjadi sakit?Jika anda berada di sekolah sebagai seorang guru yang telah mengajar hampir 20 tahun tiba-tiba anda diarah oleh guru sandaran tidak terlatih yang lagaknya seperti pakar padahal tak tahu apapun.Kononya ijazah pertama sarjana muda itu menyebabkan mereka terasa begitu hebat dan gah sekali padahal guru yang telah lama itu jauh lebih hebat dan pakar dalam banyak bidang.Sangat memelikkan apabila pihak pentadbir sekolah lebih memberi kepercayaan kepada guru sandaran tidak terlatih ini sehingga mereka "naik tocang" dan mengada-ngada seperti pentadbir sekolah dan cuma memperlecehkan guru yang telah lama berkhidmat.MEMANG SAKIT HATI BETUL...........

Thursday, July 24, 2008

Sakit Mata

Sakit mata merupakan penyakit yang mudah berjangkit walaupun ianya bukanlah kategori penyakit yang sangat merbahaya tetapi ianya boleh membawa kepayahan dan kesusahan kepada pengidapnya dan juga kepada orang yang melihatnya.Hari ini saya sakit mata bukan sebab mata saya merah tetapi mata saya sakit kerana melihat gelagat remaja yang sedang bercekerama di dalam bilik akses.Menyampah betul..,semamangnya mereka adalah manusia yang perasan hebat tetapi mereka sebenarnya manusia yang lemah dan bingung dan tolol.

Monday, June 23, 2008

Sakit Tekak

Wah.!!!!!!!!!!!!!!!!!,sekarang ni ramai guru-guru sakit tekak.Tuanpuan tahu kenapa?Sebabnya setiap hari kena menjerit-menjerit oleh kerana ramai pelajar yang making degil.Saya melihat keadaan ini di sebuah sekolah didaerah saya yang mana pelajar di sekolah berkenaanterlalu degil.Kesian melihat gurunya yang terpaksa menjerit-jerit untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan,bukan disebabkan perangai guru yang suka menjerit tetapi pelajar tidak akan menghiraukan tentang percakapan guru dan nasihat mereka kalau guru berkenaan cakap pelahan.

Thursday, June 19, 2008

Sakit Hati

Rasa sakit hati ada berpunca daripada beberapa sebab:

  • Tidak puas hati.
  • Menyampah kepada sesorang.
  • Benci melihat cara bertutur seseorang.
  • Tengok orang yang hanya tahu berkata-kata tapi tak tahu buat.
  • Asyik suruh kita aje yang buat.
  • Orang anggap kita tak tahu apa-apa.
  • Kawan yang tidak jujur.
  • Lihat orang tamak.

Ada lagi tak?

Tuesday, June 17, 2008

Sakit Iman.

Salam sejahtera.IMAN.Apa yang anda faham tentang iman.Kenapa kita perlu beriman?Bagaimana kita boleh menilai iman kita?Bagaimana kesudahannya jika kita tidak beriman?.
PENYAKIT IMAN:
Adakah iman kita sedang sakit?cuba anda tanya diri anda sendiri,maka kita dan orang lain juga akan nampak samada iman kita sakit atau tidak.Bagaimana kita boleh tahu?Antaranya:
  1. Pagi tadi anda bangun solat subuh?Pukul berapa?Khusukkah atau lagho?
  2. Adakah anda sentiasa berzikir?
  3. Berapa banyak anda buat baik hari ini?berapa banyak anda buat jahat?
  4. Mengumpat siapa hari ini?
  5. Adakah anda membaca alQuran hari ini?
  6. Adakah anda menjalankan amanah yang diberikan kepada anda?Sejauh mana sempurna dan kesungguhan anda melaksanakannya?

Ya,anda boleh bayangkan bertapa sakitnya iman anda bukan?.