Monday, June 23, 2008

Sakit Tekak

Wah.!!!!!!!!!!!!!!!!!,sekarang ni ramai guru-guru sakit tekak.Tuanpuan tahu kenapa?Sebabnya setiap hari kena menjerit-menjerit oleh kerana ramai pelajar yang making degil.Saya melihat keadaan ini di sebuah sekolah didaerah saya yang mana pelajar di sekolah berkenaanterlalu degil.Kesian melihat gurunya yang terpaksa menjerit-jerit untuk memastikan pelajar mematuhi peraturan,bukan disebabkan perangai guru yang suka menjerit tetapi pelajar tidak akan menghiraukan tentang percakapan guru dan nasihat mereka kalau guru berkenaan cakap pelahan.

Thursday, June 19, 2008

Sakit Hati

Rasa sakit hati ada berpunca daripada beberapa sebab:

  • Tidak puas hati.
  • Menyampah kepada sesorang.
  • Benci melihat cara bertutur seseorang.
  • Tengok orang yang hanya tahu berkata-kata tapi tak tahu buat.
  • Asyik suruh kita aje yang buat.
  • Orang anggap kita tak tahu apa-apa.
  • Kawan yang tidak jujur.
  • Lihat orang tamak.

Ada lagi tak?

Tuesday, June 17, 2008

Sakit Iman.

Salam sejahtera.IMAN.Apa yang anda faham tentang iman.Kenapa kita perlu beriman?Bagaimana kita boleh menilai iman kita?Bagaimana kesudahannya jika kita tidak beriman?.
PENYAKIT IMAN:
Adakah iman kita sedang sakit?cuba anda tanya diri anda sendiri,maka kita dan orang lain juga akan nampak samada iman kita sakit atau tidak.Bagaimana kita boleh tahu?Antaranya:
  1. Pagi tadi anda bangun solat subuh?Pukul berapa?Khusukkah atau lagho?
  2. Adakah anda sentiasa berzikir?
  3. Berapa banyak anda buat baik hari ini?berapa banyak anda buat jahat?
  4. Mengumpat siapa hari ini?
  5. Adakah anda membaca alQuran hari ini?
  6. Adakah anda menjalankan amanah yang diberikan kepada anda?Sejauh mana sempurna dan kesungguhan anda melaksanakannya?

Ya,anda boleh bayangkan bertapa sakitnya iman anda bukan?.