Monday, July 28, 2008

Sakit Hati 2

Tahukah anda bilakah lagi hati menjadi sakit?Jika anda berada di sekolah sebagai seorang guru yang telah mengajar hampir 20 tahun tiba-tiba anda diarah oleh guru sandaran tidak terlatih yang lagaknya seperti pakar padahal tak tahu apapun.Kononya ijazah pertama sarjana muda itu menyebabkan mereka terasa begitu hebat dan gah sekali padahal guru yang telah lama itu jauh lebih hebat dan pakar dalam banyak bidang.Sangat memelikkan apabila pihak pentadbir sekolah lebih memberi kepercayaan kepada guru sandaran tidak terlatih ini sehingga mereka "naik tocang" dan mengada-ngada seperti pentadbir sekolah dan cuma memperlecehkan guru yang telah lama berkhidmat.MEMANG SAKIT HATI BETUL...........

Thursday, July 24, 2008

Sakit Mata

Sakit mata merupakan penyakit yang mudah berjangkit walaupun ianya bukanlah kategori penyakit yang sangat merbahaya tetapi ianya boleh membawa kepayahan dan kesusahan kepada pengidapnya dan juga kepada orang yang melihatnya.Hari ini saya sakit mata bukan sebab mata saya merah tetapi mata saya sakit kerana melihat gelagat remaja yang sedang bercekerama di dalam bilik akses.Menyampah betul..,semamangnya mereka adalah manusia yang perasan hebat tetapi mereka sebenarnya manusia yang lemah dan bingung dan tolol.